Bengkel Kewartawanan Rakyat

Dalam era digital ini aktivis dan penggerak masyarakat tidak lagi terikat dengan media tradisi dalam menyampaikan mesej atau penceritaan kepada orang ramai. Melalui kempen media sosial, penerbitan kandungan digital seperti video pendek, poster atau penulisan kini mereka tidak lagi dikongkong oleh monopoli media arus perdana. Bengkel ini direka untuk membantu para aktivis dan penggerak komuniti tempatan untuk merangka, merancang dan menerbitkan kandungan media bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu setempat dengan menggunakan kemudahan teknologi masa kini.